Thursday, January 5, 2012

Yang Mana 1 Idaman Kalbu

Semalam tengah I baring baring tetibe teringat nak cari fotografer untuk BIG DAY kami  nanti, lepastu dengan pantasnya tangan I mencapai BB kat tepi bantal mushuk mushuk I (maklomlah lappy tak de, search guna BB pon jadilah) Actually, aritu I ade 1 calon fotografer, harganya murah juga dalam RM1500 untuk Majlis nikah, resepsi dan bertandang + FREE Outdoor. I pon review lah FB si Encek Fotografer dan gambar gambarnya semua "boleh la" I pon mula cakap dengan hati "ok lah ni, mungkin dia buat sesuai dengan harganya, mungkin juga kalau kita baya lebih dia akan buat lebih baik" I ni tak de lah tere sangat pon pasal gamba ni tapi I tengok gambanye memang kurang menarik. Diulangi KURANG MENARIK bukan TAK MENARIK ye!

Berbalik kepada cerita asal, lepas amek BB I pon bukak lah FB.. di sebabkan I memang minat gila tengok hasil kerja fotografer Malaysia ni jadi ramailah Fotografer yang ohsem gila dalam fren list I dan disebabkan I rase semuanya OHSEM gila, sikit pun tak terdetik kat hati ni nak ambil dorang untuk BIG DAY kami nanti. Tapi nak dijadikan cerita dengan tiba tiba ade orang post camni (bacelah sendiri kat gamba tu) ;p


Pastu dengan sepantas kilat I msg kat 7KalerPicture tu. Memula I cakap "Encek, tak de diskaun lagi ke kalau saya nak amek encek untuk event nikah, resepsi dan bertandang? lagipun gaji saye ni tak lah besa sangat jadi agak berat untuk baya mahal mahal camtu. (buat ayat sadis sikit ;p) Lagipun majlis nikah dan resepsi hari yang sama. Saya dah kira kira, kalau 2 event bermakna RM2000 kurang 2 hengget. Bagi diskau sikit lagi boleeeeeehhh?" Pastu dia pon balas dengan friendlynye"Cik Anne sebenarnya tak lah sampai RM2000 kurang 2 hengget. Cik hanya perlu bayar RM999 + RM500 sahaja dan sepatutnya kene tambah RM500 lagi tp disebabkan rumah cik Anne dekat ngan saya x lah saya cas RM500 lagi. So untuk nikah,resepsi + bertandang RM1530.00 sahaja Cik, ni termasok FREE Post Wedding, 1 Gambar saiz 20x30 (beso tv 32 inci wa cakap lu) siap frame, 1 DVD, 1 custom album 10x24 :)" Tapi harga tu untuk yang booking sebelum 31 January 2012 SAHAJA !
*dialog tu sudah diubah untuk jadi lebih best ;p

I pon macam happy je lepas die cakap camtu, mmg kitorang dah bajet harga tu. Tapi kalau die bagi murah lagi ALHAMDULILLAH =) berbaloi baloi gamba pon boleh tahan dan yang penting layanan dorang tu friendly so macam senang lah nak berurusan, nak bincang kan? Lets cekidaut hasil kerja mereka.....


Ala ala percintaan ikan duyung lah ni... lawaaaa sangat!!

aku senanye suke gamba jauh2 cani hehehe


Yang ni sweet sampai terkangkang mamat tu..

Cukup lah tu, kalau nak tengok banyak banyak boleh cari die kat FB search 7KalerPicture atau pon klik kat SINI harap harap tarikh untuk BIG DAY kotorang tu tak de orang sambar lagi. I dah siap pesan kat orang tu jangan bagi orang len amik tarikh tu. Harap harap encek tunang ku berkenan dan harap harap 7KalerPicture tak indah khabar dari rupa INSYALLAH.


Pssssttt last but not least... ce tengok header baru tu, siap ade Eiffel Tower lagi.. Memang dari dulu lagi teringin nak g sane. Harap harap satu hari nanti I dapat g sane dengan orang yang tersayang =)

2 comments:

  1. sygku... nanti kita g jmpe org tu n diskusi ok...
    nampak menarik gak tu...
    -syg-

    ReplyDelete
  2. @Anonymous (Rohaimy) nanti kite diskusi ngan die hari senin

    ReplyDelete