Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Sape Minat DIY? Jom Cekidaut..!!

Aku memang suke bab2 DIY atau craft ni lagi lagi kalau ade free template then kita tinggal print out dan gunting2 je or kite leh edit2 pastu print pastu siap lahhhh! Ohhhh wei! sangat teruja tau. Aku tau ramai orang pon  suka ape yang aku suka. Dah macam kanak2 pula bile dapat main gunting gunting kertas. Tanpa membuang masa lagi, aku nak kongsi website2 yang ade mendealah best nih! gunting gunting tampal tampal dan pappppp! siap =)

lawa kan kotak tu? kalau nak buat leh la download template nyeeee =)

yang ni memang macam2 gile ade, pepandai la engkornag explore ye!

Aku bagi direct link je lah supaye engkorang senang cari.
Yang ni memang ohsem gile! sebab boleh buat kad kawen sendri macam2 jenis pulak tu, boleh buat save the date calender card, boleh buat both sign, eh! macam2 lah korang leh wat kat sini. Takkan sume nak kene gtau g la usha sendiri! hahahaaha =))

Dan yang terakhir! ini diaaa, tapi ku not sure lah yang ni die aja DIY apemende! hehehe

Sebenanye banyak lagi laman web craft or DIY yang aku jumpe tapi macam banyak sangat pulak, takut korang naik lemak tamau usaha sendiri. Hahahaha!! jahat jahat jahat nye aku niiiii.. Kalau mak aku tau perangai aku cam ni mesti kene halau dari rumah! kahkahkah gelak guling guling ~~ xD 

Ok lah, semoga orang2 yang terbukak or tersesat masok belog aku harini dapat ilmu yang bermanfaat, dan boleh la berkongsi dengan orang lain juga ya. Tak elok kedekot2 ni, sebarkanlah sebarkanlah sebarkanlah semoga dapat kumpul lebih banyak pahala lagi ok!

Assalamualaikum!!
^___^

Wednesday, January 25, 2012

63 Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum, dah lame rasenye tak kongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat =) Moh kite renung renung kan motivasi dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah.............

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Thursday, December 22, 2011

Siri Baru Wang Kertas Malaysia 2012


Duit duit... dimana kau duit... First time tgk duit duit baru ni rase macam ohsem gile sebab warna warni gitewwww!! ade gamba gunung kinabalu (eh ye ke?) ade gamba kelapa sawit, ade penyu, refflesea, burung enggang dan wau bulan. Omey kan.. Tapi kalau letak gamba Nobita ke, Shin Chan ke, Doremon keee mesti lagi Omeyyyy !! Yang paling penting BNM dah kuakan balik note 20 hengget. Jadi aku rase duit yang sekarang ni aku nak simpan wat koleksi nak tunjuk kat anak cucu cicit aku nanti. Ha Ha Ha.. Jom cekidauuuuttt gamba duit duit  yang warna warni macam duit JUTARIA ni, SAIDINA pon ye jugak... ;p


Wang kertas siri baru ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Ok lah, ni je yang aku nak hapdet buat masani.. Hmmm.. sebenanye aku ingat hari ni hari Jumaat, punye lah semangat datang keje. Rupenye harini baru hari Khamis la wei. Ape pon tak boleh !!

Friday, November 25, 2011

Hati-hati yer Speedtrap cara baru =)

Sile Tumpukan Perhatian !! Penting Sangat Info Ni.. HeHeHe



Ini nak share peringatan untuk korang yang suka drive laju-laju. Kat bawah ni ada senarai kawasan speedtrap, dan  sekarang ni polis gunakan cara yang semakin canggih nak kesan pemandu yang tak berhemah, iaitu dengan meletakkan camera speedtrap di bawah jambatan di lokasi lokasi tertentu, so takde lagi dah la polis duduk dan tembak speedtrap tu kat korang. So hati-hati la ya.. :P Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. Laju-laju pun tak kemana jugak.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR 
South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
Kalau nak ingat semua mmg takkan ingat, so asal jumpe junction engkorang pepandai la slow kan sport car engkorang yang laju sesangat tu. Aku doakan engkorang sentiasa selamat dari terkena saman =)
Sumber dari : lepak.my