Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Aku Di Uji Lagi

Dugaan demi dugaan, mungkin tangungjawab ni terlalu besar untuk aku pikul. 

Aku penat

Aku letih

Aku tak terdaya

Aku ingat aku dah buat sebaik mungkin, tapi rupenya aku dah terlepas pandang sesuatu yang sangat penting. Aku nak dia jadi yang terbaik lebih baik dari aku! 

Tapi.....

Die dah sangat2 kecewakan aku...

Salah aku ke?

Ya Allah, lindungi lah dia dari perkara yang tidak engkau REDHAI..

Hati aku betul-betul hancur..

Airmata terus mengalir sederas-deras nya.

Cukuplah dulu, jangan kau ulanginya lagi wahai hamba Allah yang disayangi....

Wednesday, February 15, 2012

Hati Baik Vs Hati Jahat

Hye Asslamualaikum...

Harini nak cerita pasal kawen kawen, tetibe teringat mase kecik2 dulu suke main kawen2 ntah mane la 'pengantin laki' aku pegi, ntah ntah dah kawen kot. Aku je yang tak kawen lagi ni haih!. Sebenanye bukan nak cerita pasal tu, tapi nak cerita pasal kata hati yang bukan bukan. Aku tak tau la aku je rasa macam ni atau memang sumorang yang nak kawen akan rasa apa yang aku rasa? Hati aku selalu bersembang sesama sendiri tau :

Hati 1 : Betol ke keputusan aku nak kawen dalam usia aku yang macam ni?
Hati 2 : Macam awal lagi lah nak kawen, tak puas lagi nak enjoy2
Hati 1 : Alah nanti dah kawen nanti enjoy je la ngan suami, bukan ke itu lagi best!
Hati 2 : Takkan asik nak ngadap muke suami je, g sane sini ngan suami, mesti bosan!
Hati 1 : Tak semestinya dah kawen kau tak leh kua ngan kawan2 kau, suami kau tak kan sekejam tu lah.
Hati 2 : Kau fikir masak2!!

Hati 2 tu buat aku delema je, jahat betol lah. Buat aku rase tetibe tanak kawen, tetibe nak putus tunang. Terok teroookkkk... Tapi sekarang hati aku dah kuat. Tak terpedaya lagi dengan hasutan hati yang jahat tu! aku tetap akan kawen tahun ni. Yeay! pastu boleh pegi hanimun pastu boleh jalan2 tak hengat dunia. Ade rumah sendiri, masakkan untuk suami, urutkan suami, macam macam boleh buat sebab dah HALAL kan! dapat kumpul pahala banyak2.. Hehehe.. Lepas kawen dah tak payah pk nak deting kat mane nak pegi mane tiap kali weekend menjelma, dok rumah pon best kan, jimat duit minyak duit tol woooowoooowoooo!! Best + Teruja tau!

Aku harap hubungan kami akan kekal bahagia selamanya, tak nak gadoh2, tak nak cerai berai, tapi mane ade org tak penah gadoh kan? kekadang gadoh pon best jugek kan? 

I Love U So Much !


Friday, February 10, 2012

Dugaan Di Awal Tahun

Assalamualaikum....

Lama betul rasanya tak conteng2 kat belog yang tak seberapa ni, dan jarang jugak update pasal persiapan perkahwinan sebab date nye agak samar- samar lagi. Kewangan pon kian terancam!! Ouhhhh peritnye bulan 1 dan 2 nih, dugaaaaaannnn cobaaaaaaaannn !! Tapi nasib baik aku ade tongkat yang sangat kuat :) Rohaimy la tongkat saya, dia banyak membantu dari semua segi termasuk lah kewangan KOT ! hahaha diulangi KOT ! Kesihatan pula agak terganggu, lepas doc buat ujian darah, ku didapati mengalami jangkitan kuman dekat paru-paru, mungkin salah satu cara Allah nak hapuskan dosa ku :'( Tersiksa tau duduk kat hospital selama 3 hari 2 malam. Pakej percutian yang sangat membosan kan.

Oleh yang demikian (hamek kau ayat skema aku dah kelua) aku terpaksa lah menjaga kesihatan, tak boleh sejuk-sejuk, tak boleh lagi nak minum ais seperti selalu. Tapi dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan bahang ni, mana mungkin aku dapat kawal diri dari meminum air berais. Tak mungkin tak mungkin. Dan buat pertama kali dalam sejarah, aku berjaya mendisiplin kan diri untuk makan ubat!! Nasib baik doc kata dah tak perlu makan ubat 3 kali sehari, hanya perlu makan di waktu malam sebelum tido. Fuhhhh ! legaaaaaa tau.

Nak cerita sikit lah persiapan perkahwinan, aku dah buat keputusan untuk tak buat pelamin mini . Memandangkan aku duduk rumak flat jadi agak susah untuk para kengkawan dan para jemputan naik ke tingkat 3 semata-mata mau bergambar diatas pelamin mini kan? Jadi aku hanya buat 1 tempat khas di bawah kawasan rumah untuk bergambar, mungkin menarik juga kan? Aku dah dapat bayangkan mcm mana rupa ruang tu. Yang penting tema ala-ala arab tetap akan dikekal kan yeay!! Aku dah pon usha2 baju yg menarik untuk dipakai, yang penting tak meleret2 sebab sangat tidak sesuai dengan kawasan kenduri nanti, takut rosak pulak !

Yang tak best nye bulan ni duit banyak habis, Road Tax mampos, Duit hilang, Batri kereta kene tuka. Saba je lah :( Mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Ya Allah, Kuatkan lah hamba mu ini untuk menempuhi hari-hari mendatang. Amin~

Wednesday, January 11, 2012

Bile Besa Nanti Saya Nak Jadi Pari Pari


Hidup ini sangat rumit, dari segi apa pon lah memang aku rasa semuanya rumit. Kalau nak buat sesuatu tu kene fikir dalam dalam, kene buat betul betul, kene fikir masak masak. Kan best kalau semuanya semudah A B C. Tetibe teringin nak jadi anak kecil semula, tak perlu fikir benda yang merumitkan sebab masetu kita hanya hidup dengan dunia hayalan. Semuanya indah belaka. Jadi Puteri Raja, Jadi orang kaya, memiliki Istana idaman yang dipenuhi cokelat dan gula gula, hidup senang lenang, ada pari pari yang boleh tunaikan apa saja permintaan kita. Indah kan? tapi bila dah dewasa ni, hayalan tu sume dah terpadam terus dari otak ni. Banyak bende lain yang lebih penting perlu difikirkan tentang kehidupan, masa depan, kerjaya, perkahwinan dan bla bla bla.

Sekarang ni aku aku masih belum capai apa yang aku inginkan, mungkin kurang dari segi usaha dan mungkin kurang bijak mengatur langkah yang sepatutnya 'perfect' kalau aku berfikir menggunakan kewarasan akal dan bukan dari jiwa remaja aku yang selalu memberontak! Ummi selalu cakap aku ego, degil dan keras kepala. Sebabnye kalau aku cakap A maka A lah, aku takkan mahu B tapi lame2 baru aku tau yang B tu lebih baik (perumpamaan je). Kadang kadang ummi ade cakap jugak 'Jadilah matang sikit, jangan macam budak budak lagi, hana dah 23thn bukan 13thn lagi' bila ummi cakap macam tu baru aku sedar yang sebenarnya aku banyak buat keputusan yang salah.. haihhh T_T. Sebenanye kan aku suke bersendiri, kemana mana pon sendiri, berkurung dalam bilik mmg hobi aku dari zaman kanak kanak lagi mungkin tu cara aku untuk tenangkan diri, hilangkan kekusutan difikiran bukan sebab aku tak matang atau nak jauhkan diri dari orang lain. 

Tak lama lagi aku akan jadi isteri kepada Rohaimy. Aku pon tak sangka secepat ni aku buat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang aku. Mungkin atas desakan keluarga dan beberapa sebab lain lagi mempengaruhi keputusan ni kadang kadang aku rasa ianya sangat terburu buru. Perkahwinan bukan satu benda yang mudah, kene buat persediaan rapi, persediaan dari segi mental dan fizikal. Emosi juga!!! Tapi aku tak kata aku menyesal dengan keputusan aku, tapi aku bersyukur sangat sangat sebab lepas ni ayah ngan ummi tak perlu lagi risau dengan tahap  kesosialan aku lagi :p mesti lah aku dah berubah untuk bakal suami aku nanti dan aku bersyukur sangat sebab Allah dah hadiahkan aku seorang insan yang sangat memahami dan penyabar. Rohaimy Sahidan! I Love U...

Akhir kata dari aku, kalau nak buat keputusan tu jangan terlalu terburu buru, dan jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan jiwa tak tenang, bercelaru, marah, memberontak dan sebagainya sebab mungkin keputusan tu akan buat kita menyesal dan mungkin akan menyusahkan kita dimasa akan datang. Solat sunat istikharah tu sangat penting kalau kita rasa confuse. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamban-Nya, minta lah bantuan dari-Nya kerana Dia sentiasa ada untuk dengar isi hati kita. =)

Tuesday, December 20, 2011

Jauh Di Sudut Hati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hati mereka
Oh Tuhan tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini

Aku tidak berdaya
Menahan hibanya rasa
(T_T)
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Friday, December 16, 2011

Kau Ada Aku

Kalau satu hari kau menangis, bagitahu aku, aku tak janji nak buat kau tersenyum, tapi aku boleh menangis bersama kau :')

Kalau satu hari kau ada masalah, kau bgtahu aku, aku tak janji nak bagi penyelesaian, tapi kau boleh kongsi dengan aku :') 

Kalau satu hari kau nak pergi berjalan, bagitahu aku, aku tak janji nak halang kau tapi...... ...aku boleh teman kau :') 

Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau, aku janji aku akan ada untuk kau :') 

Tapi kalau satu hari kau perlukan aku, dan aku tiada, mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')

Kenape Perempuan Priod Slalu Moody?

Ngeh Ngeh Ngeh.. tajuk yang memang tak boleh bela.. =) saje je nak bagi gempak pepagi ni kan. Hari ni mood aku mcm terganggu siket bile dapat tau due date utk baya c.card aku dah terlepas, musti kene late charges. Sakitnye hatiku ini, uwaaaa uwaaaa T_T. Alang alang dah terlambat, esok aje lah aku bayar.

Lupekan sekejap pasal kisah hutang piutang tu. Sekarang ni nak cite pasal kasih sayang dan pengorbanan. Kisahnya ada seorang lelaki dalam hidup aku ni, die sangat sayang kat aku (mungkin) dia sangat ambik berat pasal aku. Ye lah, dah sayang mesti la ambil berat kan. Mungkin dia banyak berkorban itu dan ini, masa juga dia banyak berkorban untuk pastikan dia sentiasa ada disisi aku bila aku susah hati, sedih, ade masalah, mungkin juga aku tak perasan semua itu. Dia juga cuba buat sehabis baik untuk tengok aku sentiasa bahagia, sentiasa tersenyum.

Kadang kadang aku rasa bersalah juga sebab aku jarang buat apa yang dia buat kat aku, maksud aku dari segi pengorbanan, mungkin kurang sikit dari dia. Ye lah, aku tak habis habis dengan dunia aku, hidup aku.... hidup yang selalu inginkan kebebasan tanpa kongkongan dari sesiapa, termasuk dari lelaki itu. Ohhhhh tak sepatutnye aku buat macam tu kan? Aku jugak selalu marah marah tak tentu pasal, yang jadi mangsanya lelaki itu juga. T_T Setiap kali aku marah marah mesti dia cakap "kenape b ni, asik nak maraaahhh je" (dengan nada yang lembut dan penuh kasih sayang) =) lepastu aku tak jadi nak marah... Kesian diaaaa...

Sebenanye aku sangat bertuah sebab aku dapat memiliki lelaki seperti dia yang sentiasa bersaba dengan kerenah aku ni. Aku rase kalau aku lelaki aku pon tak tahan kalau awek aku perangan macam aku. Hehehe... Lelaki tu mesti la Rohaimy Sahidan, tunang ku yang bakal jadi suami aku. Harap harap layanan die yang macam tu berkekalan sampai bila bila. Insyallah....

Rohaimy Sahidan : Jangan risau, walau pon perangai orang ni kekadang pelik pelik bukan bermakna org tak sayang awak. Orang sayang sangat sangat dan sangat. =) XoXo

I Love U Rohaimy !!!
"Don't give up on love, because there is always soemone who loves you... even if it's not the person you were hoping for."