Wednesday, November 30, 2011

Puisi Cinta Cinta Cinta

Aku nak tujukan PUISI ni khas untuk ROHAIMY SAHIDAN walaupon ianya hanya di copy paste, tapi mungkin ini yang aku mahu tulis setiap kali nak buat entry tentang dia cume tak punya idea. XoXo

Aku pasti punya masalah
Tiap Kali ingin menulis puisi buat mu
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata kata yang akan dikeluarkan
Saat itu langsung aku setuju yang diri mu satu

Dan hari ini kau adalah kekasihku
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong

kekasihku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta
Akan ku jaga kau seperti ku menjaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman dimana mana
Tapi selagi kau didalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku

Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada tuhan
Agar kau bukan saja menjadi kekasihku
Tetapi menjadi suamiku yang disayangi Allah Ta'ala

Kekasihku,
Selamat datang ke dalam hidupku
Selamat menjadi suamiku
Selamat menjadi bapa kepada anak anak ku kelak
Selamat menjadi menantu ibubapaku
Selamat menjadi adik dan abang kepada adik beradikku
Selamat menjadi keluarga ku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku

Anne ♥ Amy

 Zahiril dan Shera So Sweet





Kesibukan Tanpa Belas (Weekend Blues)

Aceceh sebok la sangat kan weekend lepas kan? sebok sebok pon tapi sempat la jugek pegi saloon, shopping bende tak senonoh, jenjalan tanpa arah tuju kat shopping mall baru kat gombak tu ha. Pastu main photo hunt sampai dapat top 3, pastu main detona.  Last last sampai rumah baru teringat ade bende lupe nak beli. Pegi cermin muke tu pastu padankan muke kat diri sendiri. Hahaha.. Kengkonon minggu ni nak setelkan semuanya lah, tapi tersasar pulak target tu atas sebab kelalaian diri sendiri dan syok sendiri. 

Walaupon kadang kadang aku lupe diri dan kekdang jugak hilang ingatan beberapa minit, aku dah pon siapkan hantaran tu. Aku juga dah cube make up diri sendri pendek kate berangan depan cermin (itu memang hobi aku) aku kene la standby, kot kot la Zainefer Edlin Zainal Abidin tu tak dapat datang time aku tunang, terpaksa jugak aku make up diri sendiri. 

Ni ade sekeping gambar sebagai bukti aku tak lupa
majlis pertunangan aku hampir tiba :
Kualiti gambar sangat mendukacitakan sebab aku guna camera bb aku yang mahal lah sangat tu. Aku amik gamba hujung hujung ja. Nak seprise katenye. Tema hantaran aku carca marba dan letak ikut suke. Haha.. disebabkan bukan aku yang buat dari awal, jadi aku tak de mud sangat nak susun atur barang barang tu, semuanya asal boleh je. Muke aku kat atas tu hanye untuk penyeri gamba acecehhhh~~ tu la wajah aku selepas aku belaja main conteng conteng muka depan cermin.

Sehingga harini mamiku masih tak bagi list barang untuk buat kek dan biskut yang aku kene beli, nak buat ke tanak ummi oi oi ?? Risau pulak.. X__X

Sunday, November 27, 2011

Terlebih Fikir

Harini sungguh penat, buat persiapan untuk hari pertunangan aku, siapkan hantaran, kemas rumah, ubah posisi katil dan macam2 lagi. Ye lah, kalau nak ditangguh lagi, alamat nye aku kene marah ngan ummi. Mane taknye lagi 2 minggu je lagi hari pertunangan aku dan sayangku Rohaimy. Sangat teruja dan tak saba ok! Hahaha =) Kan best kalau adik2 aku ade kat rumah, boleh juga tolong apa yang patut, tapi malangnya mereka mereka mereka tengah syok bercuti di Kelantan. Aku bukan tak nak ikut, cuma banyak perkara yang perlu aku selesaikan minggu ni supaya tak kelam kabut nanti.

Sebenanye nak cerita serba sedikit pasal persediaan bertunang, tapi nanti lah, lepas selesai semuanya baru nak cerita, baru best kan? Tadi aku tetibe terbukak www.mudah.my saje la search pelamin, padehal aku rasa masa aku kawen nanti pelamin tak diperlukan tapi aku tetap gatal tangan nak cari jugak dekat mudah.my. Pastu aku terjumpa PELAMIN BAJET harganya agak menarik. Dengan lajunye tangan aku capai henset kononnye nak tanye info lebih lanjut pasal pelamin tu. Tapi tetibe je tak jadi sebab teringan sayang aku pesan "KITA SETEL KAN TUNANG DULU LA SAYANG, LEPAS TUNANG NANTI BARU KITE FIKIRKAN PASAL KAWEN" ok ok ok betul juga sayang aku cakap, buat ape lah aku nak sebok2 pasal kawen yang lambat lagi tu.

Tapi selalunye kalau tak ada kerja kat opis, mule la fikiran aku melayang2 fkirkan hari perkahwinan kami. Yang selalu aku fikirkan "ISHHH NAK PERGI BANDUNG ATAU TAK ?" (pergi bandung untuk beli barang kawen ya, bukan untuk honeymoon ;p) pastu mule lah aku call sayang aku bincang kan hal tu, bende yang sama juga sayang aku ulang. Ishhhhh ape nak jadi la ngan aku ni, advance sangat berfikir. Hari2 aku tengok gambar kawen orang kat internet, search baju lawa2 yang sesuai untuk kawen nanti. Kamon la anne !! nanti2 kan boleh fikir. Kadang2 aku jugaka terlupa yang hari pertunangan aku hampir tiba, kadang2 jugak aku ingat yang aku dah bertunang, sampai aku lupa yang aku masih berada di tahun 2011 tapi otak aku dah pon sampai di tahun 2012. Woooooaaaaaa semangat betul cik anne nih.

Harini rasa macam nak pegi TESCO beli langsir baru untuk rumah. Choooppppp !!! ITU KEPERLUAN ATAU KEHENDAK ? okok akan dipertimbangkan lagi samada nak beli langsir baru atau tak. Lagipon ni tunang je, bukan kawen pon sampai nak beli itu dan ini. Semalam baru je pegi NILAI 3, harini pulak ummi baru cakap nak mintak tolong aku belikan lagi kapet baru untuk gantikan kapet lame dekat ruang tamu rumah aku yang hampir REPUT tu. Alaaaaa malasnye nak kesana lagi, dah la kedainya jauh2 kan best kalau NILAI 3 tu macam TIME SQUARE semuanya dibawah satu bumbung, tak de la panas, tak la penat sangat kan. Itu pon akan aku pertimbangkan.

Hantaran dari aku ada 7, 3 daripadanya BAJU, SEJADAH, PERFUME selebihnya KEK,BISKUT,CUP CAKE dan BUAH (mungkin) Tapi aku ingat nak buat 2 jenis biskut, sebab buah ni macam dah biasa sangat. Memandangkan YANA sponser CUP CAKE jadi ummi hanya perlu buat KEK dan 2 jenis BISKUT (masa ni la umi nak tunjuk bakat kan? bile lagi....) Hahaha.. tapi bahan2 kek dan biskut tu ummi belom list kan lagi, jadi aku pon tak tau bile boleh beli bahan2 tu, padehal dah 3 hari lepas aku mintak, ummi ummi ummi, bz sangat ke? hehe =) ummi ku mmg seorang suri rumah yang bz JKKKKKKKKKK kampung la katekan.

Nak rehat sekejap, pastu nak sambung kemas rumah. Ohhhhooooohoi tak de sape nak tolong ke? :( Pulanglah adik adikku sayang, ku menanti muuuuuu...

14 HARI LAGI

Friday, November 25, 2011

Hati-hati yer Speedtrap cara baru =)

Sile Tumpukan Perhatian !! Penting Sangat Info Ni.. HeHeHe



Ini nak share peringatan untuk korang yang suka drive laju-laju. Kat bawah ni ada senarai kawasan speedtrap, dan  sekarang ni polis gunakan cara yang semakin canggih nak kesan pemandu yang tak berhemah, iaitu dengan meletakkan camera speedtrap di bawah jambatan di lokasi lokasi tertentu, so takde lagi dah la polis duduk dan tembak speedtrap tu kat korang. So hati-hati la ya.. :P Pandu cermat jiwa selamat, ingatlah orang tersayang. Laju-laju pun tak kemana jugak.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR 
South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
Kalau nak ingat semua mmg takkan ingat, so asal jumpe junction engkorang pepandai la slow kan sport car engkorang yang laju sesangat tu. Aku doakan engkorang sentiasa selamat dari terkena saman =)
Sumber dari : lepak.my

Thursday, November 24, 2011

Pulau Pinang Best !!


Lawaanyeee, tapi yang paling best kat bawah tu ade 'port' baek punye untuk kaki pancing. Buat pertama kalinye aku menjejak kan kaki kat situ minggu lepas, sape lagi yang bawak aku kalau bukan sang arjuna. Untuk yang baru nak blaja mancing mcm aku ni mmg teruje gile la dapat g situ. Mane tak nye, baru je letak ikan dah makan, tak sampai 5 minit pon, tapi ikan kecik2 je lah. Tu pon dah buat aku rase teruja gila tau. Tapi Daling aku dan Apaknye mengharapkan ikan yang besa2, tapi aku tak kesah, besa ke kecik ke asalkan ikan name pon baru belaja. =)

Untuk sampai kat bawah jambatan tu kitorang naik boat yang memang ade kat situ dengan bayaran RM10 seorang, tapi harga bergantung kepada tiang yang keberapa kita nak pegi, lagi tengah lagi mahal lah, sbb kat situ la banyak ikan best2. Name pakcik tu aku tak ingat tapi no phone nye 017-4249314 . Sebelum pegi tu kitorang dah siap bungkus makanan n air untuk makan kat sane, ye la... kat bawah jambatan tu mane ade kedai, kalau ade tu mmg pelik lah.

Tapi aku ade 1 masalah besa time tu,  aku susah nak uk uk.. Kalau dah kedai tak de, toilet lagi lah tak de kan. Kalau lelaki tu mungkin senang sikit, kalau perempuan mmg masalah besa la time tu.  Nasib baik aku bawak kain batik, jadi ianya sangat membantu ketika darurat.

Cuaca haritu memang okok aje, tapi bile dah maghrib hujan turun selebat2 nye, petir, kilat, ribut, sumenye lah. Aku dah mule cuak, mcm2 aku fikir. Jadi aku ambik keputusan untuk berhenti memncing. Tapi mereka meneruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir, dan hasilnya sangat BEST sbb dapat ikan besa =) 

Jom nengok gamba-gamba kitorang, cekidauuuuttt !!

Otw g bawah jambatan penang nek bot, panas terik kot, tapi ku tahan jebattt !!

Ni namenye ikan ketuka ye, at last dapat jugak.. ikan terakhir yang aku dapat =)

Ni 'port' aku yg paling best.. hehehehe

elehhh, ikan ni apak die yang dapat, bukan dieeeee elehhhhh

Eleleh suke letewwwww

saje je nak interprem ngan ikan ni, bukan aku yang dapat pon. Daling aku yang hebat tu dapat, tapi ikan ni lawa tau, bibir die seksi cam bibir aku =)

ala, tak berape nampak ikannye tu kamera burok sape la yang amik gamba aku ni.
Banyak kannnnn... sume ni la hasil titik peluh aku.. acecehhhhh~

Ni la ikan yang daling aku suke sangat.. ape ek name ikan ni?

aku dah lupe dah name ikan 2 eko ni hmmmmmm... eh eh yang ni aku yang dapat tau.. hebat doooooo !!

Daling aku kate ni ikan cina, org cina je makan sbb ade racon kalau x pandai sing habessss kiokkk !!
Sekian sahaja story aku untuk hari ni, perasan tak gamba aku yang 1st tu nampak molek je, ce bandingkan ngan gamba last.. oh mannnn selekeh nyeee..

Bile bos tak de aku rasa cepat je masa berlalu. Sangat best sebab aku dapat update blog dengan tenang aman dan damai. Kalau x die asik jerit2 panggil name aku. Aduhai bos ! saye blom pekak lagi lah..

Bye =)

Wednesday, November 23, 2011

Hmmm..

KENAPA SUSAH SANGAT NAK PAHAM AKU?


FAHAM KEHENDAK AKU ?

BOSAN !

ANNOYING !

MENYAMPAH !

BENCI !

BYE !


17 Hari Lagi =)

Sebenanye nak hapdet pasal percutian kitorang kat Pinang aritu, tapi dari semalam cari card reader  tak de, jadinye aku cite la sikit pasal persiapan pertunangan kami.

Alkisaaaahhhhhh... tinggal 17 hari lagi aku akan menjadi tunang kepada ROHAIMY SAHIDAN. Tak sabar rasenye sebab akhirnya aku berjaya ke langkah seterusnya setelah beberapa kali gagal. Cehh 'beberapa kali' tu macam la banyak kali nak kawen tapi tak jadi, padehal tak penah pon tak jadi sebab ni la kali pertama dalam hidup aku nak buat keputusan untuk kawen. Lagipon umur aku baru je 23, muda lagi doooooooo =)

Aku rase pertunangan aku nanti tema nye agak bercampur sedikit, sebabnye aku akan pakai baju warna UNGU, tapi hantaran untuk sang arjuna tema nye MERAH+PUTIH dan hantaran dari pihak lelaki HIJAU+PUTIH. Tapi aku rasa ok ok aje. Tiada pelamin mini, tiada  upah mak andam, tiada upah fotografer, baju pon kakak aku yang bagi. Insyallah tiada pembaziran untuk majlis ini. Lagipun tunang je, kalau ikutkan hati aku nak je betunang macam orang dulu2. Simple dan Mudah. Macam aku sebut dalam entry sebelum ni Fotografer dan Tukang Make up  adelah kawan baik aku. Beruntung nye dapat kawan-kawan yg serba boleh ni.

Sebenarnya aku macam x berkenan dengan hiasan hantaran yang jiran aku buat. Aku akan buat rombakan sedikit supaye nampak lebih comel hantaran tu di mate aku ni ha. Tapi aku ni bukan reti sangat nak mengodeh hantaran tu nanti, tapi aku cube lah buat jugak. Semalam aku tanye mak pasal alas dulang untuk hantaran, rupenye tak siap lagi hmmm *tepuk dahi*. Minggu ni aku kene jugak siap kan semuanya, dah tak de mase nak berjimba2 lagi, tapi... haaaa ade tapi nye tu. Sabtu ni aku kene keje, kene pergi wangsa walk sebabnye Agrobank ade ambik bahagian dalam bowling, so ade bende yang aku kene uruskan. Harap2 habis awal dan aku boleh terus uruskan hal-hal pertunangan aku.

Walaupon belum bertunang lagi, aku tengah sebok jugak fikir pasal kawen, baju kawen, hantaran, pelamin, door gift. Sebab kami dah buat keputusan untuk beli di Bandung. Memang la orang cakap kalau campur tiket flight dgn barang2 yang nak dibeli tu same je beli kat sini. Tapi Daling aku cakap "tak pe la, walaupon harge same, sekurang2 nye kite dapat jalan-jalan sekali" hehehe.. Daling aku memang sangat memahami ape yang aku nak. Die tau aku suke jalan-jalan dan dia akan selalu bawak aku jalan2. Ade jugak org cakap awal sangat aku nak pk pasal kawen. Aku tak rase awal pon sebab kitorang bertunang 6 bulan je. Jadinye baik aku pk awal2 jadi tak de la stress sangat nanti. Lagipon kitorang nak g bandung bulan 2, so ape yang nak bli kat sane kene siapkan awal takut ade yang tertinggal. Lepas tunang, aku hanye ade 1 setengah bulan je untuk pk ape yang nak bli, mane sempaattt !! balik keje je dah penat nak pk, yg ade cume weekend je. Tapi kalau boleh elak pegi bandung pon ok gak, leh jimat cost boleh transfer kos tu utk hanimun nanti kan? ;p

Ok lah kite tutup dulu cerita pasal persiapan tunang dan kawin, aku nak kongsi sikit ape yang tersirat dalam lafaz akad nikah :

"Aku terima nikah si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM ..... "
Bunyinye macam senang kan? ok, ini maksud sebenarnya:

"..Aku tanggung dosa si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..."

Ayat ini dipetik dari status Facebook Ustaz Zambri, sama-sama kita  renungkan.


Haaaaa... nampak tak betapa beratnye tanggungjawab seorang suami sebenarnya, untuk isteri, anak2 tak silap aku lelaki juga bertanggungjawab untuk semua adik beradik perempuan dorang.  Hmmm.. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Acecehhh.. :)

Kalau sabtu ni dah siap semua barang hantarannye boleh la aku enterprem gamba2 tu kat sini, becemangat betul aku ni. Tak tau la Daling aku semangat tak macam aku. Sekian saje bebelan dari aku. Nak tido la, ngannnnntok !

Friday, November 18, 2011

Aku Jatuh Cinta Dengan Dot Dot Dot

Nak yang ni nak yang ni nak yang ni plezzzzz !!!
 
Sebabnye die wane UNGU..... O__o

Harap-harap ade ade org sudi belikan. 
Harap-harap tuhan bagi aku rezeki lebih untuk beli sendiri. 
Atau pon harap-harap tetibe aku terima pos laju esok dan dalamnye ade camera ni. 
Atau pon time jenjalan kat KL tetibe ade cabutan bertuah kat Pavi atau kat Mid atau kat Sogo atau kat BB atau kat mane-mane aje lah.
Atau pon tetibe boyfren aku call cakap 
"Sayang, I ade something special utk u sempena ulangtahun kite yang ke 200 tahun iaitu camera wane ungu yg sayang idamkan tu" 
Wowwww !! 
 
bebetul menakjubkan lah kalau ianya terjadi betul-betul. 
Harap-harap ade hartawan atau dermawan bace blog aku ni dan hadiahkan aku Camera comel tu. Wooooaaaaaaa... =)
 


Adoi, dah jauh sangat aku punye angan2 ni... 
Alaaaaa kenape la aku ni kuat sangat berangan ni alaaaaaaa... 
Sudah Sudah Sudah sambung buat keje lah anne oi...

Thursday, November 17, 2011

Happy Anniversary Arjuna !!

 Selamat Ulangtahun Yang Ke 2 Ratos Tahun Sayang ku ROHAIMY SAHIDAN 


Harini genaplah 200 tahun hubungan cinta saye bersama sang Arjuna.
I Love You Sayang
Memandangkan dah 200 tahun hubungan kitorang ni, jadi x payah la nak celebrate.
Dah cukup SERIBU TAHUN baru kitorang nak buat majlis besar-besaran depan Eiffel Tower hahaha kelas kau jahh !!
Sudilah kirenye kamu menerima beberapa kuntum bunga dari ku ini sayang !
Time ni kitorang basah kuyup sebab nak sangat main hujan kat Genting Highland..
(tu pon nak mention kan?  tah pape tah)
I Was Praying That You And Me Might End Up Together


Sayang, tak de hadiah untuk i ke? i tunggu ni sayang.
INI ADELAH ARAHAN SILE BERTINDAK DENGAN SEGERA !

Tuesday, November 15, 2011

Sangat Ohsemmm!!

Kalau buat baju kawen pon lawa gak kan?


Aku paling suke yang ni !!

Patu laki aku pakai yang ni



Kawen nanti nak wat tema ala ala arab... =) 
Berangan je kau ni anne oi !!


Sumber gambar dari : www.beautifulnara.com

Monday, November 14, 2011

Dia Putera Hati Saya !!



Die tak kacak macam bred pit tapi die paling kcak di mate saye. Dia mampu buat saya tersenyum ketika duka. Senyuman nya boleh buat hati saye cair =) Dia umpama air yang mampu padam api kemarahan saya. Dia sangat memahami saya. Dia sangat sabar melayan kerenah saya yang selalu tak menentu, kekadang saya suke marah tak tentu pasal, kekadang saye susah nak angkat call, kekadang saye tamau becakap tanpa sebab. Tapi die tetap layan saya dengan baik, dia akan buat yang terbaik untuk saya dan akan pastikan hidup saya sentiasa ceria tanpa duka. Sentiasa turuti kehendak saya tanpa jemu (minggu depan die nak belikan kerang besaaaaa utk saye makan! Thanks). Sentiasa mintak maaf walaupon sebenarnya saya yang salah :') sangat terharu.



Kami ada minat yang sama, iaitu MEMANCING ! best rupenye memancing ni. Tapi saya tak sehebat dia, sangat penyaba bile tak dapat ikan... tapi saya selalu merungut je =) Lagi 1, saye tak tahan panas lah (bajet puteri lilin) Hehe..

Sometimes all I really want to do is sit beside you. I want to watch cheesy and crappy movies with you, and we will laugh at them together. I want to plan things with you, things we'll never do, but for some reason just planning them with you is fine with me. I want to talk to you about everything and anything. I want to goof around with you and make jokes that aren't funny but we'll  laugh nonetheless.


I just want to fall in love with you over and over and maybe at one point we'll get tired of each other, but until then I want you and just you.

Sayangku ROHAIMY SAHIDAN entry ni khas untuk awak, walaupon saye selalu nampak tak series dalam hubungan ni, tapi hakikat nye saye sangat series. Saya sayang awak sesangat. Bulan depan hari bersejarah kite, awak jangan lupe tau. Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga. Ameen !

sweet nye kitorang neh.. hohoho
When is the best time to tell someone you love him???


Answer : Before someone else do =)

Payung Yang Omeyyyy Dan Ohsemm!!!


Ni sesuai tok skodeng kan?



Kalo payong camni mmg style tapi ape kejadahnye ??

Kengkonon romentik ah pkai payong cenggini ngan boyfren?




boleh buat senjata ni...

style!! mmg style.. boleh nyanyi lagu memori daun pisang
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basah baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang






Friday, November 11, 2011

CURANG !!

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. 



Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. 

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting 
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??" 

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami. 

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. 

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!" 

2 x 5  je rupenye ! aptb...