Aku nak tujukan PUISI ni khas untuk ROHAIMY SAHIDAN walaupon ianya hanya di copy paste, tapi mungkin ini yang aku mahu tulis setiap kali nak buat entry tentang dia cume tak punya idea. XoXo
Aku pasti punya masalah
Tiap Kali ingin menulis puisi buat mu
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata kata yang akan dikeluarkan
Saat itu langsung aku setuju yang diri mu satu
Dan hari ini kau adalah kekasihku
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong
kekasihku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta
Akan ku jaga kau seperti ku menjaga diriku sendiri
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan
Bahaya, ancaman dimana mana
Tapi selagi kau didalam dakapanku
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku
Aku sering menadah telapak tangan
Dan memohon pada tuhan
Agar kau bukan saja menjadi kekasihku
Tetapi menjadi suamiku yang disayangi Allah Ta'ala
Kekasihku,
Selamat datang ke dalam hidupku
Selamat menjadi suamiku
Selamat menjadi bapa kepada anak anak ku kelak
Selamat menjadi menantu ibubapaku
Selamat menjadi adik dan abang kepada adik beradikku
Selamat menjadi keluarga ku
Selamat menjadi pelengkap hidupku
Selamat menjadi separuh dari aku
Anne ♥ Amy
Zahiril dan Shera So Sweet
sangat best entry ni =D
ReplyDeletetersenyum sendirian bile baca..
ciplak mne ni mkcik? hahaha
hahahaha... ciplak dari puisi zahiril lak makcik
ReplyDeletejika memang waktu kita di dunia tamat. aku ingin kau temani aku di syurga nanti
ReplyDeleteKalau aku hanya memiliki 3 detik untuk bernafas. Aku akan menggunakan 2 detik untuk mengatakan Aku cinta kamu.
Jika aku bertemu Jin dan di berikan 3 permintaan. Aku akan meminta kamu, kamu dan kamu
Kalau aku ini kutub utara, pasti aku akan cair kerana kehangatan cintamu.
Kata orang tak ada rotan akarpun jadi. Tetapi bagiku tidak ada kamu hiduppun aku tak sudi
kamu telah menanam benih benih cinta dihatiku
-Syg-