Sunday, February 20, 2011

.: Oh! Kawan Lagi :.






Hello n hye...
Harini nak cite pasal si budak tecik.
Kenape 'budak tecik' sbb die lagi kecik dr aku.
Hahaha..
1st of all nak cite sebe sikit sal minah nih.
Aku sebenanye x knal pon die ni.
Tetibe je 'ter'Kenal secare x sengaje.
Mule2 tu kitorg juz sembang2 je kat FB.
Tapi x sangke lak boleh ngam plak ngan die ni.
Sebelum aku mengata lagi jauh, aku nak menINTERPREM siket minah ni.
Name beliau Zainefer Edlen (klik utk terus g ke FB die).
Macam minah saleh plak name die kan.
Mule2 tu aku cm x caye, ingat kan juz nick name beliau dlm FB
Tetibe hati aku ckp 'poyo betol la minah ni, name nak sedap je..'
Tapi x de la aku nak tanye kan.
hahahah..
So, nak dijadikan cite 1 hari tu kitorg jumpe kat alamanda.
(cam biase la, aku amek die kat umah, sbb umah dekat je.. tp bile la z ni nak ade lesen ek? )
Time ni bulan pose kalo x silap la.
kitorg g shoping utk raye.
Z pon nak bli enset baru utk 2nd phone die.
Mase nak bli tu kene bagi ic.
Die pon bagi lah, aku pon jeling2 ic die.
Laaaaa.. mmg betol pon tu name die.
Sory ye Z (name manje beliau) Tersalah sangke plak kat u..
Kwang kwang kwang...

Z ni ade sikit perangai pelik.
Tapi x de la pelik sgt.
Die ni suke sgt kumpul handbag.
Tak tau la dalam rumah die bape almari handbag die ade.
Hahaha.. Z ni pon aku tgk kekadang cam blur je.
Ape yg wat die blur sgt pon aku tatau..
Whats wrong with u z ?
Lagi 1, die ni boleh thn byk cakap gak..
kalah aku yg sememangnye kepochi dari die tu..
O_o"
Bab makan pulak, die makan baaaaaaaaaaaaaaanyak dari kitorg yg badan besa dari die..
Tp, i jelez la, name u kecik je ?
Nape x Montel macam i z?
cecite cecite ape fomula nye?
Sape yg ade rase teringin nak masok KPJ Kajang, anda berkemungkinan besa dpt jumpe beliau..
ok la... sekiaaaaaaaaannn...
Nanti cite lagi la ek.. banyak lagi bende nak story pasal minah ni.. huhu..




Saturday, February 19, 2011

.: Kawan a.k.a Teman :.

Assalamualaikum....
Hehehe..
Harini nak cito sikit pasal kawan2..
Sblm ni ade 2 entry je pasal kwn2 aku yg dikasihi..
Korang boleh klik SINI n SINI
kali ni nak cite pasal sorg lg kawan aku yg mmg best !
MISS YANA la sape lagi..
Hehehehe..
Best tau kwn ngan yana ni.
Sempoi, Baik, Peramah, Banyak ckp (mcm aku la tu) sbb tu ngam..
lagi 1, die pandai masak..
ye ke yana?
sume kwn2 yg lain pon best jugek..

Orang kate SAHABAT tu mcm kite punye NADI..
BETUL KE?
Ye la kan, bile kite susah.. Kawan2 ni mesti ade ngan kite..
Kalau mase senang pon dorg x kan lupe kan kite..
Tu baru namenye BFF.
Tapi ade jugak KAWAN makan KAWAN.
Memang x leh pakai la kwan yg cam tu.

Aku ngan yana mmg dah kawan lame.
Dari uitm lagi.
Cume, jaaaaaaaaaaaarang sgt jmpe sbb masing2 pon sebok.
Yana sebok ngan praktikal nye.
Aku plak sebok ngan keje aku la.
Tapi haritu kitorang dapat jmpe gak setelah sekian lama x jmpa kan.
Destinasi pilihan kitorg kat SUNWAY PIRAMID.

Macam2 nak diborakkan.
Rase macam x cukup je mase aritu.
Yana nak sgt tgk wayang, tp aku sgt2 x gemar tgk wayang.
Seb bek ade 'kawan' boleh tmn die.
Kawan ke? ehemmmmmmmmmmmm...
Kompius kejap nih.
Sowi la yana, bkan x nak tman, tp mmg x minat sgt.
hehehe.. len kali aku tman ye?

Ni la wajah kitorg time chilexx ritu..
1 je la ek, bkan artis pon nk tunjuk byk2..
Hahahaha...



.Friend Forever.




Monday, February 14, 2011

.: Soalan Dan Jawapan :.




**Membe aku yg suruh aku jwb ni. So, Jom jwb sesame ! Ingat ! Jawab same2 bukan bace je tau ! Hahaha..

UJIAN PERSONALITI

ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2.
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?
-Boyfren n Kawan2

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
-Kucing

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
-lari dari haiwan itu

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu(dari 1-10 anak kunci)
-5

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
-Tak

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
-Terbuka

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
-Segiempat

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?(Penuh / Setengah / Kosong)
-Setengah

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
-Seramik

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
-8

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?(kecil / sederhana / besar)
-Sederhana

(12) kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam)
-Kayu

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?(logam / kayu / rotan)
-Kayu

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?(putih / kelabu / coklat / hitam)
-Putih

(15) Apa yang kuda lakukan?(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
-Menggigit rumput

16)TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauhdaripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah berpagar : close-mindedtidak berpagar : open minded

(6) pintuterbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang laintertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) MejaBulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) PasuKosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuhlogam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali1-4 - ghairah seks rendah5 - ghairah seks sederhana6-9 - ghairah seks tinggi10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:kecil - ego rendahmenengah - ego sederhanabesar - ego tinggi

(12) material peti:cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hatikepribadianlogam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman andajambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan andarotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?Apa yang akan anda pilih?

Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...



.: Cerita Lawak 2011 :.

Renung2 kan lah... Hehehe..


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

******************************************************************

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

**************************************************************

Lawak Ke ? saje nak share ngan korang (:

Wednesday, February 9, 2011

.: Mengimbau Kenangan Lalu :.




Hehe. Cam harem kan muke aku tu, comot semacam je. Yang kat belah atas tu kawan aku mase kat uitm dlu. Namenye YOYOT eh silap2, name die YAYA time ni umo kitorang baru je 18 thn tu yg muke hingusan je tu. Tapi tetap ade org minat (ceh....perasan plak kan) bkan minat aku tp minat kat yaya tu. Aku ni mane la hot nak ade org minat kan. Ehemmm.. time ni kitorg study kat Uitm, Segamat. Alaaaa.. tmpat yg selalu banjir tu. Time tu aku amek kos Banking, yaya plak kos... ermmm.. kos ape ek yaya? aku pon dah lupe yg aku tau ade kaitan ngan KOMPUTER je. Best gak la time tu, meronggeng sesame, mensakai kan diri pon besame. Aku sebenanye x suke sgt kawan ngan yaya ni. Sebab die sangat sengal dari aku oke ! Hahaha.. Jangan mare tau Yaya. I Lebiu Yaya. Hik hik hik.. Walopon kekadang yaya ni suke menyakitkan ati aku. Tp aku x penah nak marah die lelame sbb aku syg sume kwn2 aku ni. Hehe.. ramai gak dak2 uitm yg aku still kontek lagi smpai sekang. Naseb baik la ade FB, dapat aku jumpe dorg ni balik. Sbb aku ni jenis suke tuka no phone. So, kalau x de FB tu mmg susah la aku nak jumpe dorg balik. Thanks FB.. Hahahaha. Harini tetibe aku rase rajin plak nak menulis. Sebelom2 ni x nyempat2 nak menjengah belog aku yg x seberapa ni. Memang la aku sentiasa wujud dalam ruang legar FB tu. tp aku x ngadap sgt. Sbb ade bende lain yg lebih penting aku kene wat dalam dunia internet ni. Nak majukan lagi hidop aku ni la katekan. Search itu search ini. Skodeng sane skodeng sini. Aku ni mmg jenis suke mengExplore. Dari bende kecik smpai la ke bende BESAR. Contohnye la kan, kalau aku nak tau sgt sesuatu tu, aku akan cari smpai dapat. Tu la keje aku time onSEMBILAN (online) sape ckp aku asik ngadap FB jer?? sangat salah fakta tu tau ! Bubye !

.: Tragedi Pelik :.

Eisss.. Malas betol la nak mengutok org ni, tp hari ni rase mcm terpakse kutuk 'org tu' dgn seikhlas hati aku. Sape ? budak opis aku ni, tp die ni dah tahap nenek la buat aku. Tapi perangainye, yaaa ampun.. Langsung x kene ngan usia die tu. Macam kebudak2 kan tak matang langsung. ok, nak dijadikan cite. Die ni kalau bab makanan mmg kedekot abes. Aku x tau la ape yg die nak bekira sgt dgn makanan2 tu, even makanan yg bukan die punye pon die nak kedekot ngan org. Padehal 'owner' makanan tu x kesah pon sape nak makan. Lagi murah rezeki org tu. Die bkan jenis manusia yg makan banyak or kuat makan. Makan sikit je dah kenyang, bile time x abes baru la nak pelawa org len makan. Hampes btol la org cam ni. Patutla air muke pon cam bukan org baik2. Hehe.. Mandai je aku ni menilik muka org ek. Tu la kejadian pelik yg aku maksudkan. Heehuuu..
Kat opis aku ni ade 2 blok. Blok A n Blok B mmg x ngam. Ade je x kene. Kekadang aku la jadi org tengah mendenga luahan hati kedua2 pihak ni, sbb aku ni boleh dikatakan staf baru la kat sini. Jadi aku x de la menyebelahi mane2 blok. Seyesly aku mmg x suke nak musuh ngan sesape pon la. Kalau sakit hati ngan org tu aku marah2 gitu je. Cam sekang ni la, cite sini abes sini. Hehehe.. Tapi kekadang tefikir gak, bile la dorg ni nak berbaik2. Kalo depan mate mmg la seme nye baik2. Tapi belakang2 ade je cite yg x sedap di denga. Ape nak jadi la ngan akak2 aku kat opis ni.. (psss..aku paling mude tau kat sini) Sumenye talam 2 muka, termasuk aku kot.. Hahaha.. x de la.. Gurau2 je.. tetapi kekadang kite mesti kene jadi talam kan? kan? kan?