Showing posts with label Perihal Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Perihal Kahwin. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Dugaan Di Awal Tahun

Assalamualaikum....

Lama betul rasanya tak conteng2 kat belog yang tak seberapa ni, dan jarang jugak update pasal persiapan perkahwinan sebab date nye agak samar- samar lagi. Kewangan pon kian terancam!! Ouhhhh peritnye bulan 1 dan 2 nih, dugaaaaaannnn cobaaaaaaaannn !! Tapi nasib baik aku ade tongkat yang sangat kuat :) Rohaimy la tongkat saya, dia banyak membantu dari semua segi termasuk lah kewangan KOT ! hahaha diulangi KOT ! Kesihatan pula agak terganggu, lepas doc buat ujian darah, ku didapati mengalami jangkitan kuman dekat paru-paru, mungkin salah satu cara Allah nak hapuskan dosa ku :'( Tersiksa tau duduk kat hospital selama 3 hari 2 malam. Pakej percutian yang sangat membosan kan.

Oleh yang demikian (hamek kau ayat skema aku dah kelua) aku terpaksa lah menjaga kesihatan, tak boleh sejuk-sejuk, tak boleh lagi nak minum ais seperti selalu. Tapi dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan bahang ni, mana mungkin aku dapat kawal diri dari meminum air berais. Tak mungkin tak mungkin. Dan buat pertama kali dalam sejarah, aku berjaya mendisiplin kan diri untuk makan ubat!! Nasib baik doc kata dah tak perlu makan ubat 3 kali sehari, hanya perlu makan di waktu malam sebelum tido. Fuhhhh ! legaaaaaa tau.

Nak cerita sikit lah persiapan perkahwinan, aku dah buat keputusan untuk tak buat pelamin mini . Memandangkan aku duduk rumak flat jadi agak susah untuk para kengkawan dan para jemputan naik ke tingkat 3 semata-mata mau bergambar diatas pelamin mini kan? Jadi aku hanya buat 1 tempat khas di bawah kawasan rumah untuk bergambar, mungkin menarik juga kan? Aku dah dapat bayangkan mcm mana rupa ruang tu. Yang penting tema ala-ala arab tetap akan dikekal kan yeay!! Aku dah pon usha2 baju yg menarik untuk dipakai, yang penting tak meleret2 sebab sangat tidak sesuai dengan kawasan kenduri nanti, takut rosak pulak !

Yang tak best nye bulan ni duit banyak habis, Road Tax mampos, Duit hilang, Batri kereta kene tuka. Saba je lah :( Mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Ya Allah, Kuatkan lah hamba mu ini untuk menempuhi hari-hari mendatang. Amin~

Monday, January 23, 2012

Darah Manis

Bila cakap pasal darah manis semua orang pon tahu ape dan kenapa? Ye lah, mesti la ada kaitan dengan orang yang nak kawen. Tapi ape kejadahnya sampai nak kene cakap darah manis? Kau sape sampai darah kau jadi manis? kau dari pelenet lain ke? tapi aku selalu fikir kenapa org dulu dulu suke wujudkan perkataan yang pelik pelik dan kadang kadang aku rasa ianya tah hape hape.

Tapi aku dah temui salah satu sebab rasionalnya. Lepas betunang tetibe darah bertukar jadi manis sebab tu banyak semut suka urung. Maksudnya time darah manis ni lah para semut (para jejaka) nak hinggap, pastu yang datang tu sume macam JEJAKA IDAMAN pulak! haih... kuat kan hati kuat kan hati... Hey ! kau orang tak tahu ke aku nak kawen dah nampak ni cincin aku yang besinar sinar ni, kacau betul lah. Dedulu time aku kesunyian kesorangan tanak pulak ngorat.. (tapi sumenye cakap dalam hati je). Betol lah, tak tipuuuuu........

Sebagai manusia yang bagus (cewahhh) semuanya dapat dikawal dengan emosi yang terkawal. Tolak secara baik dan mendoakan mereka supaya dapat yang lebih baik daripada mengejar benda yang sia sia nih. Kang kalau maki hamun ade pulak aku kene santau, bukan boleh pecaya orang zaman sekarang ni. Makin moden makin sesat pulak mereka! Kalau diorang ade cop CONFIRM TAKKAN MENGECEWAKAN ANDA DARI SEMUA SEGI kat dahi tak pe juga, aku juga konfiden nak layan. Ini tak, belum tentu lagi mereka boleh jadi yang terbaik dari apa yang kita miliki sekarang.

Setakat ni tu je rasionalnya yang aku jumpa kenapa dipanggil "darah manis". Aku cukup tak suka dengar kalau orang cakap "awak tu tengah darah manis, jangan selalu sangat keluar". Haihhhh takkan lah aku ikat tunang setahun tu setahun aku kene kurangkan keluar rumah. Aku ni dah la tak boleh duduk diam, kalau disekat sekat sebegitu rupa aku boleh jadi hilang ingatan melainkan ade laptop di depan aku. Sebab aku suke explore macam macam dan mengomel di belog seperti yang aku buat sekarang ni. Tapi malangnye aku hanya dapat guna sekejap saja, sebab adik aku akan pulang semula ke Johor lepas habis raya cina. Aku selalu berharap terjadi nya miracle, maksud aku macam tetiba je ada org nak hadiahkan laptop. Aku tak mau Galaxy Tab, Ipad or what ever yang seangkatan dengannya, aku tetap mahukan LAPTOP !!