Wednesday, January 11, 2012

Bile Besa Nanti Saya Nak Jadi Pari Pari


Hidup ini sangat rumit, dari segi apa pon lah memang aku rasa semuanya rumit. Kalau nak buat sesuatu tu kene fikir dalam dalam, kene buat betul betul, kene fikir masak masak. Kan best kalau semuanya semudah A B C. Tetibe teringin nak jadi anak kecil semula, tak perlu fikir benda yang merumitkan sebab masetu kita hanya hidup dengan dunia hayalan. Semuanya indah belaka. Jadi Puteri Raja, Jadi orang kaya, memiliki Istana idaman yang dipenuhi cokelat dan gula gula, hidup senang lenang, ada pari pari yang boleh tunaikan apa saja permintaan kita. Indah kan? tapi bila dah dewasa ni, hayalan tu sume dah terpadam terus dari otak ni. Banyak bende lain yang lebih penting perlu difikirkan tentang kehidupan, masa depan, kerjaya, perkahwinan dan bla bla bla.

Sekarang ni aku aku masih belum capai apa yang aku inginkan, mungkin kurang dari segi usaha dan mungkin kurang bijak mengatur langkah yang sepatutnya 'perfect' kalau aku berfikir menggunakan kewarasan akal dan bukan dari jiwa remaja aku yang selalu memberontak! Ummi selalu cakap aku ego, degil dan keras kepala. Sebabnye kalau aku cakap A maka A lah, aku takkan mahu B tapi lame2 baru aku tau yang B tu lebih baik (perumpamaan je). Kadang kadang ummi ade cakap jugak 'Jadilah matang sikit, jangan macam budak budak lagi, hana dah 23thn bukan 13thn lagi' bila ummi cakap macam tu baru aku sedar yang sebenarnya aku banyak buat keputusan yang salah.. haihhh T_T. Sebenanye kan aku suke bersendiri, kemana mana pon sendiri, berkurung dalam bilik mmg hobi aku dari zaman kanak kanak lagi mungkin tu cara aku untuk tenangkan diri, hilangkan kekusutan difikiran bukan sebab aku tak matang atau nak jauhkan diri dari orang lain. 

Tak lama lagi aku akan jadi isteri kepada Rohaimy. Aku pon tak sangka secepat ni aku buat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang aku. Mungkin atas desakan keluarga dan beberapa sebab lain lagi mempengaruhi keputusan ni kadang kadang aku rasa ianya sangat terburu buru. Perkahwinan bukan satu benda yang mudah, kene buat persediaan rapi, persediaan dari segi mental dan fizikal. Emosi juga!!! Tapi aku tak kata aku menyesal dengan keputusan aku, tapi aku bersyukur sangat sangat sebab lepas ni ayah ngan ummi tak perlu lagi risau dengan tahap  kesosialan aku lagi :p mesti lah aku dah berubah untuk bakal suami aku nanti dan aku bersyukur sangat sebab Allah dah hadiahkan aku seorang insan yang sangat memahami dan penyabar. Rohaimy Sahidan! I Love U...

Akhir kata dari aku, kalau nak buat keputusan tu jangan terlalu terburu buru, dan jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan jiwa tak tenang, bercelaru, marah, memberontak dan sebagainya sebab mungkin keputusan tu akan buat kita menyesal dan mungkin akan menyusahkan kita dimasa akan datang. Solat sunat istikharah tu sangat penting kalau kita rasa confuse. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamban-Nya, minta lah bantuan dari-Nya kerana Dia sentiasa ada untuk dengar isi hati kita. =)

No comments:

Post a Comment