Duit duit... dimana kau duit... First time tgk duit duit baru ni rase macam ohsem gile sebab warna warni gitewwww!! ade gamba gunung kinabalu (eh ye ke?) ade gamba kelapa sawit, ade penyu, refflesea, burung enggang dan wau bulan. Omey kan.. Tapi kalau letak gamba Nobita ke, Shin Chan ke, Doremon keee mesti lagi Omeyyyy !! Yang paling penting BNM dah kuakan balik note 20 hengget. Jadi aku rase duit yang sekarang ni aku nak simpan wat koleksi nak tunjuk kat anak cucu cicit aku nanti. Ha Ha Ha.. Jom cekidauuuuttt gamba duit duit yang warna warni macam duit JUTARIA ni, SAIDINA pon ye jugak... ;p
Wang kertas siri baru ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Sumber : http://www.hasrulhassan.com
Ok lah, ni je yang aku nak hapdet buat masani.. Hmmm.. sebenanye aku ingat hari ni hari Jumaat, punye lah semangat datang keje. Rupenye harini baru hari Khamis la wei. Ape pon tak boleh !!







No comments:
Post a Comment