Wednesday, October 19, 2011

Berinai Jari Pula Bagaimana ?

Alkisahhhhhh... Mase kakak aku kawen dulu, nenek saudara aku ade pesan 'nak kawen nanti kalau nak pakai inai tu jangan nak conteng2 (maksudnye lukis2 kat tangan tu lah)' memule aku macam terfikir gak kenape lah org tua ni sebok nak halang kakak aku nak pakai inai cenggitu. Salah ke? Kenapa salah? Org lain boleh je, tapi ade sesetengah orang cakap, mungkin kalau lukis2 tu ianya menyerupai tatu dan jatuh hukum haram. Di sebabkan aku tak berapa hebat bab agama, aku pon setuju dengan pendapat mereka2 itu. Lagipon bukan aku yang nak kawen time tu kan? akak aku pon jenis tak kisah.

Kini dah tiba masanya giliran aku pulak untuk mendirikan Masjid. Aku pulak macam teringin je nak lukis2 inai kat tangan. Kebetulan pulak majalah Al-Islam untuk bulan ni dah sampai ke meja aku. Aku sangat2 tertarik dengan tajuk artikel dekat kulit majalah tu 'APA YANG BOLEH ATAU TIDAK DALAM PERSEDIAAN PERKAHWINAN' aku pon semangat gila nak baca, mukasurat 24 katanya ;) bermula dengan tajuk kecil yang pertama mengenai 'ADA YANG BOLEH ADA YANG TIDAK' tajuk yang ni cerita pasal cukur bulu kening, yg ni aku dah tau lah memang hukumnye haram pon (tapi dulu aku penah jugak menggatal pi cukur) tapi sekarang tak buat dah ;p

Tajuk kecik yang kedua pulak pasal 'BERINAI RAMBUT DAN KUKU' yang ni pulak cerita pasal ade 1 riwayat cakap orang Nasrani dan Yahudi tidak benarkan penganutnya mewarnakan rambut dan mengubahnya. Perbuatan tu dianggap berhias dan mencantikkan diri yang dapat menghilangkan erti ibadat dan beragama seperti yang dilakukan oleh rahib dan ahli-ahli zuhudnya. TAPI Rasulillah menghalang umat Islam mengikut jejak kaum lain agar keperibadian kita semua di pelihara. "Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut kerana itu berbezalah kamu dengan mereka" (Hadith Riwayat Bukhari) Aku pendekkan sikit ceritanya, maksudnye kat sini kite dibenarkan mewarna rambut(uban) dengan pohon inai dan katam. "Ubahlah ini(uban) tetapi jauhi warna hitam" (HR Bukhari) tetapi mewarnakan uban dengan warna hitam diboleh kan ketika perang untuk takutkan musuh, sbb mungkin musuh ingat sumenye muda2 so dorg takut la sikit :)

Yang ketiga pulak "BERINAI JARI PULA BAGAIMANA?" cerita pasal ni la yang aku nak bace. Dr. Zainab Ismail dari UKM cakap inai adalah perhiasan yang diharuskan bagi perempuan sebagai pewarna rambut atau hiasan jari. Juga TAK SALAH MELUKIS INAI pada tangan dengan corak BUNGA, AWAN LARAT, atau DAUN, asalakan ia tidak menyerupai tatu atau corak yang boleh merosakkan akidah. PAHAM TAK ? Ni lagi satu stetment penting "Pemakaian inai pada tangan dan kaki bagi lelaki tidak diharuskan KECUALI PADA SEBILANGAN JARI BAGI PENGANTIN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN dan juga tujuan PERUBATAN"

Tajuk yang terakhir MENYAMBUNG RAMBUT ATAU RAMBUT PALSU yang ni aku dah tau lah memang haram seharam-haramnye, tak lah nak bace sangat kan hehehe ;p TAPI hadis yang diriwayatkan oleh Said bin Jabir "Tidak mengapa kamu memakai benang" jadinye kalau teringin sangat nak sambung2 rambut, sambung lah pakai benang.. hehehe..

Kesimpulanye kat sini aku dah tau lah yang aku boleh lukis bunge2 kat tangan aku mase kawen nanti :D
Assalamualaikum... :D

No comments:

Post a Comment