Wednesday, November 9, 2011

HaHaHa :D

Warna warni belog aku ni ha
Dah macam belog budak2 tadika pulak
Tapi ok la kan
Kekadang nak gak kelainan

Ape?? ko tak suke??
ADE AKU KESAH ?
bye!

Tuesday, November 8, 2011

Hey! Kau Ni Dah Kenape??

Bosan betul la hari2 aku kene angkat talipon padehal aku bukannye operater pon. Nah harapkan makcik2 kat sini angkat tepon MEMANG TAK LAH ! aku pon tak tau la ape masalah dorang ni. Ni nak cite sikit pasal situasi2 sepanjang aku menghambakan diri jadi operator tak rasmi kat sini.

Situasi 1 :
Time nak transfer line, line si polan ti asik bz. Skodeng punye skodeng rupenye tengah buat sesi mengumpat besame Cik Jah, Cik Kiah, Cik Joyah dan Cik Kepochi yang lain.

Situasi 2 :
Si polan susah bebeno nak angkat tepon bile line disambung, rupenye sebok begosip kat meja jiran2 sebelah. Bukan tak denga pon bunyik tepon tu KUAT KOT !!

Situasi 3 :
Si polan asik tanye, sape call? dari man? nak cakap pasal ape? Hey bodoh anak stupid ! aku dah tolong angkat tepon pon dah kire bagos tau, kau boleh banyak tanye plak. Ape kau ingat aku ni x de keje lain ke? (kalau la aku boleh maki seko2 kat sini, alangkah heaven nye wei!)

Situasi 4 :
Bile orang yang call tu tanye "Ni kat mane ni?" hoi ! lu yang call wa, lu boleh tanye kat mane? yang org lua tu wa boleh ampon kan lagi lah, ni staff sndri call tanye kat mane?? dah tentu la dkat phone book tu ade tulis no phone sape yg lu nak call tu. Takkan la lu orang main agak2 je nombo tu. LOOOOOSER !!

Situasi 5 :
Ni lagi sakit hati, bile cal boleh pulak terhegeh2 cakap macam budak baru nak belaja becakap. Sepatah-Sepatah Sebijik-sebijik. Sampai aku sendri dah boleh bace dah die nak cakap ape. Tengoooookkk  betape hebatnye aku ni. Hahahaha.. aku rase mcam naksumbat lesong batu kat mulut die tu. Lagi2 kalau banyak keje, mule la aku nak amik MC kalau 10 manusia berperangai macam tu call !

Situasi 6 :
PEKAK BADAK ! aku rase dah kuat dah aku ckp boleh ter Ha? Ha? Ha? eiiiiiiii... nak je cakap "kau ni memang dilahirkan pekak ke? atau kau ade sawan Ha? Ha? Ha? "  kalau sekali tak pe, sampai aku rase nak tengking je. Tapi kekadang tu aku tinggi suara gak tp lepas tu aku cover line balik. Hehehe bijak kan? wekkkkkkk :o

Aku dah buat luahan hati dan perasaan kat bos aku tu, ye la.. macam2 keje aku kene buat dalam 1 masa. Yang lain2 tu kalau bab2 outstation suke la, aku ni je la yang setia dok tepacak kat opis ni wat keje T_T sbb slalu tak dapat outstation, bagi laluan kat sinior katenye (WAK LU!) kalau thn depan aku still wat bende bodoh ni lagi tepakse la aku pasrah dengan ketentuan yang diberi oleh yang MAHA BERKUASA tu. 

Korang dengki aku, korang buli aku... Tak peeeeee kite ngadu kat mak kite ! Acecehhhh... Weekk Weekk.. Dorg tak berani punye buli aku, sbb dorg tau aku rapat ngan mem beso..  HAHAHA

Babai............

Friday, November 4, 2011

Serikandi ISLAM - Khaulah Al Azwar



Syukur Alhamdulillah, pagi2 lagi hujan rahmat sudah turun.. Ape doa ketika hujan?? Tak tau?? Meh saye aja "Allahumma Siyyiban Naafi'a"  Maksudnye "Ya Allah Jadikanlah ia Hujan Yang Bermanfaat" Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku tergerak hati la sikit nak kongsi kisah serikandi Islam yang sangat buat aku teruja. Sebenanye aku nak tau sangat kisah ni sbb nye ayah aku bagi name adik yang last skali KHAULAH, so aku macam nak tau la knp Khaulah? sebab kebanyakan sedara mara aku susah nak nyebutnye. Ayah pon cakap "itukan serikandi ISLAM yang sangat berani menentang musuh" ohhhh.... ayah pon ade tunjuk keratan akhbar yg menceritakan detik2 pertempuran KHAULAH AL AZWAR ketika ditawan oleh musuh. Meh aku cerite sikit, kalini tak de konon-konon dah ;p


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. 

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. 

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. 

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".

Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:

“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.

Masing-masing menjawab“Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:

"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat". 

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani. 

Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang. 

Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini.

Wednesday, November 2, 2011

England !!! eh eh Genting aja deh.. =)

I went there last weekend... Eh silap2 aku pegi time deepavali laaaa !!!  Atas urusan kerja sebenarnya. Tapi, aku sendiri kompius aku bekerja atau aku bercuti. Ehehehe konon-konon nk gi sane sbb nk pre-honeymoon lah konon, sebab konon-konon nanti lepas kawen nak g honeymoon kat obersi. Hahaha.. banyak nye konon sebab sumenye memang konon-konon je pon. Sampai2 sane je kabos tebal gile, tetibe rase macam nak ckp whooooaaaa cantiknye  tp cakap dalam hati je takut my hubby ckp I ni asal dari suku kaum jakun pulak.

AMARAN : ENTRY KALINI BANYAK MENGANDUNGI GAMBA ORANG JAKUN !

Oh sgt sedih.. dah lame nak makan stroberi banyak2 baru kalini dapat ohhh teruje sampai rase nak nanges. Tapi stroberi kat sini tak la semanis stroberi kat cameron ;p

aku kene pastikan setiap gamba aku tak nampak jendul, so, ini salah satu caranye  :)

Ohhhh gediknye mak enon ni, peliz la. Ko ingat ko lawa sangat ke?

Sayang sebenanye dah lame org prektis depan cermin nak buat muke kiut camni tau sayang.. Eh ehhhh kiut la sangat !!!

kitorang baru pas kene ujan tadi, so agak selebet mukenye. Kitorang pon nak buat duck face gak. Lawa tak lawa tak?

Sayang, jom test tangkap gamba pakai sunglass walopon sun tak berape nak ade . Agak2 comel tak  gamba kite? COMEL KANNNN !!


Aku paling suke gamba yang ni, sbb macam ceria je. Aku pon tak nampak gemok sangat dalam ini gambar kan? comel je. TERPERASAN LAGI ! Hehehe..

Eh, apesal ngan bibir aku tu kengkonon nak wat duck face leteww.. pooodah!!

Sayang, i buat2 tengah cakap kat tepon u snap pic i ok? *ini semua lakonan yang konon-konon mcm model talipon NOKIA !

Aku mmg saje nak tayang bb baby aku yg sangat mahal ni dan cameranye sangat berkualiti seperti camera DSLR. Ok jom muntah RAMAI2 !! bluerkkk...

Ye mmg tangan aku gelap sikit warnenye sbb dulu aku mmg keje sebagai nelayan, kalau muke tu boleh la putihkan balik pakai cream penggelupas, tapi kalau kat tangan macamane pulak berape botol cream nak kene pakai? so tepaksela pakai whitening body lotion yg berzaman2 baru nampak kesannye !

Saya sayang gigi saya sangat2.. :)

Hey u !!!!!

Gamba yang 6 dari atas yang tak berape nak ohsem tu gune cameran enset my hubby  yang mahal sangat tu. Tu la gamba nye jadi tak berapa nak lawa, tp bintik2 kat gamba tu mmg trend sebenanye sbb ianya jadi secara semulajadi tanpa edit mengedit. wekkkkk ! hahaha :p

Kebetulan mase kitorang g tu hujan, jadinye suhu terlampau sejuk sampaikan mulut my hubby kuar asap (eh eh mmg la sbb die tgh isap rokok time tu ;p) tapi mmg sejuk gile lah. Patu my shayang ckp "sayang tahan tak sejuk ni, sbb nanti kalau kite g Australia (KONON !) sejuknye sampai tulang" ehehehe... mesti la tahan. Eh! belagaknye aku.. hahahaha..

Seronok betol aku berjalan haritu, maklumlah pegi ngan yang tersayang. Macam la baru sekali bejalan ngan die, padehal dah banyak kali dah. Tapi rase macam baru je kenal :) Romentik kan kitorang ni ? bluekkkkk jom muntah lagi skali bluerkkkkk..

Haritu jugak my hubby belikan aku sweet potato, kirenye makanan wajib aku la kalau g genting! walopon harge tak munasabah aku tetap nak jugak. Makanan wajib my hubby plak ialaaahhhh CUP CORN !! at last tadapat makan sbb tak jumpe, padehal ade je kat belah dalam tu.

Ehemmm, walopon saye bejalan2 deng riang dan gumbira.. sekurang2 nye saye dapat klem 12 jam OT :))  Kau hadoooo ??